![]() |
just me | ![]() |
![]() |
tutorials | ![]() |
![]() |
affiliates | ![]() |
friend friend friend friend friend friend | friend friend friend friend friend friend | friend friend friend friend friend friend |
![]() |
contact | ![]() |
![]() |
花のように |
![]() |
posted on Monday, 27 February 2012 at 05:25
![]() Hubby Key, by Cosmicaa. Assalamualaikum dan hello. Heee, semalam aku taip entry sikit bebenor kan? Hewhew, tapi yelah, semalam aku memang gembira sebab SHINee jadi Worldwide Trends. Aigooo, aku rindu SHINee lah. Bila nak buat comeback terbaru? Hmm, nak lagu baru! Haha, okay, tadi aku pergi Blogskin.Com, saja nak tengok skin cantik untuk belog. Nah, takde satu pun yang tarik perhatian aku oh. Okay, maybe Skin Of The Day dia lawa, tapi aku takde terfikir langsung nak tukar skin aku ni oh. Well, skin aku memanglah simple gila, tapi lama-lama tengok, aku suka! Tak complicated dan tak childish. Huwaaa, nampaknya aku dah matang sikit. Selama ni, aku suka pakai skin yang pink colour gitu, nampak omeyy kan? Sekarang aku suka putih atau kelabu cenggini. Sekarang jugak aku suka yang takde header. Bagi aku nice gila. Haha, harini Isnin, hari kegemaran aku kat sekolah. Beg tak berat dan tambahan pulak, subjek yang aku tak minati tak ada. Mungkin ada Matematik yang aku susah faham tu, tapi aku suka cara cikgu matematik aku ajar. Dia tu seorang yang sangat bertimbang rasa. Terima kasih Cikgu Hamizi, sebab sanggup ulang topik yang aku dan rakan sekelas tak faham. Dia dah ajar, tapi disebabkan kiteorg tak faham, dia sanggup ajar balik. Ngeh, inilah cikgu yang baik. Haha, tadi aku kena denda sebab tak siap homework. Okay, ini kali kedua. Aku benci homework matematik. Susah gila babeng. Otak aku boleh pecah. Aku dan team tak siap kerja kena angkat tangan ala-ala pocong selama 10 minit kot? Lelaki kena rotan. Aw! Tapi girls kena angkat tangan. Lenguh gila. Aku fikir aku boleh pengsan dekat situ, lepastu nanti crush aku angkat. Haha. Selesainya Matematik, datang pulak subjek agama. Haha, ustazah agama baik. Aku suka dia. Lembut, manis dan omeyy pulak tu. Nama dia Ustazah Rabiatul. Nama dia sedap bukan? First dia masuk kelas aku, aku tak suka cara dia mengajar sebab lembut sangat. You know, ngantuk. Tapi lama-lama, dia ajar best jugak. Dia jenis yang lembut gila. Aww. Sekarang aku suka kelas agama! Haha, then selepas Agama, rehat. Yess, lepas rehat Geografi. Aku taksuka sangat subjek ni, sebab agak susah. Tapi Cikgu Zamzuri, cikgu Geografi kiteorg boleh dikira baik jugaklah. Hewhew, dia ada tolong aku menyelesaikan masalah dengan budak kelas lain. Budak kelas lain tu pergi tarik tudung aku. Benci oh. Nasib baik cikgu dah saun dia. Tapi aku trauma. Lepas Geo pulakkkk, masa Seni. Jyeah, cikgu seni aku garang nak mampus. Haha, tapi dia baguslah jugak. Yelah, dia nak murid ikut cakap dia kot. Aku taksuka kalau dia macam menyindir je. Ayat cikgu pedas. Haha, dulu aku pernah kena dengan dia. Dia kata dia nak korek biji mata aku. Ngah, sumpah aku geram time tu. Tapi lama-lama tengok dia okay, so aku pun okay jelah. Lepas Seni? Tentulah PJ! Hewhew, aku sebenarnya tak bawak baju PJ bukan sebab malas. Tapi, aku segan baju tak bergosok. Lolss, aku cakap dengan besties aku, aku malas. Err, tadi jelly ah aku, tengok diorang bergaya dalam baju PJ. Diorang semua nampak omeyy gila. Haha, paling omeyy, kawan aku yang nama Maryani. Ah, dia omeyy gila! Lepas PJ, tentulah balik! Aku haus gila tadi, rasa macam kat gurun. Air tak beli, tak bawak lagi. Cuaca dahlah panas terik harini. Berpeluh-peluh aku. Masam satu badan agaknya. Ewww. Haha. Budak lelaki lagi geli aku tengok. Macam baru balik sawah padi. Berpeluh gila ah. Tadi time aku haus tu, aku doakan ada pakcik jual aiskrim depan pintu sekolah dan ohyeah! Nasib baik dia ada. Sayang kamu, pakcik aiskrim. Lol. Sebab duit aku kurengg, aku beli aiskrim 50 sen je. Haihh, banyak gila aku guna duit harini. Dari RM10, tinggal RM3 je. Apadah! Aku baru nak kumpul duit beli alat tulis time exam. Takpelah, terpaksa mintak ayah aku. Huh. Okaylah, aku nak rehat. Esok ada photoshoot untuk majalah sekolah. Bye dan Saranghaeyo! Suka dengan sikap seseorang ni. Dahlah hot, peramah dan merendah diri lagi. Heee, terbaik! |
|