![]() |
just me | ![]() |
![]() |
tutorials | ![]() |
![]() |
affiliates | ![]() |
friend friend friend friend friend friend | friend friend friend friend friend friend | friend friend friend friend friend friend |
![]() |
contact | ![]() |
![]() |
花のように |
![]() |
posted on Monday, 13 February 2012 at 05:28
![]() Key and Woohyun ♥ Assalamualaikum dan hello. Hee, semalam aku kata aku taknak update kan? Lolsss, tetiba je, mood aku rasa nak menaip, so aku bukak lah blog. And yeah, mata aku sumpah rabun. Errr, sedih oh. Aku harap aku boleh kembali kepada masa dimana mata aku tak rabun! Aku berjanji akan jaga mata aku selalu. Haihh. Mak aku kata dah tak boleh buat apa-apa dah sekarang. Mata dah rabun, apa nak buat? Pakai spek lah jadinya. Huu, jealous dengan kengkawan aku yang matanya sihat. Why! Aku tak dapat bayangkan muka aku pakai spek. Urghh, entah-entah hodoh. Tidakkkk! Nanti crush aku fikir aku hodoh~ Kesian aku. Okay-okay. Harini Isnin, seperti biasa hari persekolahan. Ohyeah, aku suka Isnin, sebab beg tak berat! Jadual hari Isnin sikit. Tadi aku tak siap kerja Matematik, kena buat "Ketuk Ketampi" 10 kali. Urghh, sumpah memalukan! Haiyaaa, nasib baiklah crush aku kelas lain oh. Dan nasib baik jugaklah, perempuan kena buat 10 kali je. Lelaki kena buat 15 kali. Hewhew, kesian para lelaki. Dan masa PSV pulak, aku terkotorkan baju aku pulak dengan Poster Colour. Cis, takguna. Balik rumah, aku terus kena dengar mak aku berceloteh. Sebab aku kesiankan mak aku yang pregnant, aku basuh baju aku sendiri tadi. Nasib baik hilang oh! aKalau tak, sampai akhir tahunlah aku pakai baju kotor. Memalukan. Haha, tadi ada budak tingkatan 1 pakai baju kotor gila. Kesian dia. Warna baju dia macam hijau-kuning gitu. Aku rasa baju dia bau masam. Haha. Hmm, harini jugak aku takdapat tengok crush aku dengan jelas. Hmm, sedih gila. Aku rindu dia. Kepala otak aku rasa nak pecah. Asyik fikirkan dia je. Lolssss. Aku nampak dia sekali je tadi. Huu, dia nampak comel gila. Awww, aku rasa nak hug dia je oh, macam aku hug teddybear aku. Ngehh, aku rasa nak nangis oh, sebab aku asyik terfikirkan dia. Ye, aku tau, angau aku dah tahap serious. Aku harap esok aku boleh nampak dia! Cheer, Miza, Cheer! Hmm, kan best kalau dia ahli Bola Keranjang~ Esok bolehlah aku jumpa dia memandangkan ada perjumpaan Bola Keranjang esok. Errr, sumpah aku takut nak main bola keranjang esok. Tak pasal-pasal aku dimalukan. Aku benci bola dan sukan. Pelikpelik. Heeee. Weeee, harini aku happy sebab aku rehat dengan besties aku balik. Huhu, nasib baik semuanya dah diselesaikan. Terima kasih, Ya Allah. Kepala otak aku dah kurang serabut dah. Haritu, masa aku tengah stress, jerawat tumbuh! Takguna kau Jerawat! Ish, kau merosakkan muka aku yang dah sedia tak cantik ni! Orang kata Jerawat merupakan pemanis muka, tapi, aku tak rasa macamtu. Bagi aku, ia buat muka aku berserabut dan kotor~ Kalaulah aku dapat 3 hajat, satu hajat tu mungkin aku mintak, supaya jerawat aku berambus dari muka aku. Jealous dengan artis woh, muka licin dan gebu. Tchh, kenapa aku tak! Okaylah, sampai disini sahaja aku tulis. Nak solat Isyak. Take care. Bye dan Saranghaeyo ♥ |
|