![]() |
just me | ![]() |
![]() |
tutorials | ![]() |
![]() |
affiliates | ![]() |
friend friend friend friend friend friend | friend friend friend friend friend friend | friend friend friend friend friend friend |
![]() |
contact | ![]() |
![]() |
花のように |
![]() |
posted on Saturday, 28 January 2012 at 06:46
![]() Husband ♥ Assalamualaikum dan hello. Hihi, guess what? Hari ni hari yang menyeronokkan. Cuba teka? Hee, hari ni ayah aku bawak aku pergi Pesta Buku Karangkraf. Aku suka baca buku, sebab tulah aku gembira sakan. Oh, ayah aku bawak cousin aku sekali, nama diorang Sara dan Damia. Sara sebaya dengan adik aku, 9 tahun. Damia pulak 11 tahun. Diorang comel tapi diorang nakal. Oh yeah, diorang jugak fanatik korea macam aku. Diorang suka Kim Hyun Joong dengan U-Kiss. Kpop sudah menguasai dunia. Aku suka diorang minat Korea, tapi aku taksuka bila diorang nak rampas Key aku! Erhh, jangan rampas husband aku budak. Tadi aku beli 3 majalah Remaja. Ramai orang berkumpul dengan bawah khemah Remaja. Hehe, ada satu babak yang memalukan tadi. Masa aku tengah pilih majalah, aku terlanggar air sirap bandung yang mak aku pegang. Sebab aku terkejut, aku terjatuhkan majalah tu dekat kawasan air tumpah tu. Haihh, nasib baik majalah tu tak rosak. Dan nasib baiklah, abang penjual majalah tu tak marah aku. Tapi, sungguh memalukan bila mak aku marah aku kuat-kuat depan orang ramai. Mak aku kata aku lembiklah, mengada-ngadalah, gediklah, haihh, semua perkataan mak aku cakap! Kalau ye pun nak marah, dekat rumahlah! Lupakan insiden memalukan tu, okay, dalam cerita mungkin tak memalukan sangat dan kurang difahami, tapi kalau kauorang rasa, mesti kauorang malu macam aku. Selepas tu, aku temankan cousin aku beli majalah Klik. Diorang suka majalah tu sebab ada gambar Kim Hyun Joong dan U-Kiss. Aku tak hairan sebab aku dah ada majalah tu dekat rumah. Hewhew, diorang bukan main lagi, berebut nak majalah tu. Time diorang bayar majalah tu, duit diorang tak cukup memandangkan ayah diorang bagi RM10 je. So, ayah aku yang baik hati bayarkan diorang. Hehe, mulia sungguh ayah aku. Be jealous :P Selepas habis memborong dekat situ, minum ice-blended sejuk, main gelongsor dan belon, ayah aku pun bawak kiteorg semua pergi Summit untuk makan. Mak aku mengidam nak makan masakan Thai dekat situ. Yelah, orang mengandung. Hewhew, aku pun suka masakan Thai. Ah, Tom Yam, Som Tam, semuanya sedap belaka. Ayah aku belanja cousin aku jugak. Ayah dan mak aku order, nasi kosong, tomyam putih dan udang bersalut tepung je. Well, nak jimat duit. Mak aku nak order telur bungkus, tapi ayah aku kata tak perlu. Jadi kiteorg semua makan jelah yang ada. Tapi sumpah, makanan Thai kat situ sedap gila! Tapi, selain dari makanan, ada mamat Thai yang gila-gila handsome. Muka ala-ala Nichkhun gitu. Terpikat aku! Lepas habis makan dan bayar, mak aku bercadang nak singgah pasaraya Giant yang ada kat situ. Mak aku nak beli bahan-bahan nak buat Mi Kari. Haritu aku cakap dengan mak aku, aku nak makan Mi Kari. Mak aku baik betul, dengar cakap aku. Gomawo! Hehe, time aku, ayah dan mak aku tengah memilih barang, adik dan cousin aku main kejar-kejar dekat seluruh Giant. Diorang anggap Giant macam rumah sendiri. Lol, aku nak marah takde guna. Diorang bukannya nak dengar. Tapi, bila aku tengok diorang main lama-lama, aku rasa geli hati pulak. Aku teringat masa aku kecik-kecik. Aku tau aku takdelah besar mana, tapi aku dah tak main kejar-kejar dan sorok-sorok lagi. Zaman kanak-kanak is the best (Y) And then, masa nak balik, ayah aku lupa dia letak kereta dekat mana. Hee, jadi kiteorg terpaksa jalan berulang alik dekat seluruh tingkat untuk cari kereta. Bila dah jumpa kereta, ayah aku pun hantar cousin aku balik rumah, lepastu ambik nenek aku bawak balik rumah aku. Fyi, ayah aku hantar nenek aku kat rumah cousin aku tuh, sebab nenek aku taknak tinggal sorang sorang dekat rumah aku. Hmm, hari ni memang bagus. Aku nak tidur dulu, hehe. Bye dan saranghaeyo ♥ |
|